Saturday, September 26, 2020

Tragedi 13 Mei : Punca Dan Pengajaran

PENGENALAN

Peristiwa 13 Mei 1969 Satu peristiwa hitam dalam sejarah perpaduan negara. Rusuhan kaum yang berlaku sebagai kemuncak masalah perpaduan di Malaysia yang mengakibatkan banyak kehilangan nyawa dan harta benda. Rusuhan ini berkaitan dengan "Pilihan Raya Umum 1969".

Antara Faktor- faktor berlakunya rusuhan kaum ini ialah isu-isu yang menyentuh emosi dan sentimen perkauman telah disuarakan. Selain itu, Perarakan parti pembangkang.Seterusnya, Parti perikatan mengalami kekalahan yang teruk.Disamping itu, kemenangan Dr.Tan Chee Khoon dari parti gerakan dan perarakan kematian cina.

PUNCA

Punca-Punca Yang Membawa Kepada Peristiwa 13 Mei 1969 Peristiwa 13, Mei 1969 merupakan rusuhan kaum yang paling tragis dalam sejarah di negara ini iaitu antara orang Melayu dan orang Cina.

Antara punca konflik adalah:

1). Layanan Berat Sebelah Oleh Tentera Jepun

 Pada zaman pendudukan Jepun, masyarakat Tanah Melayu telah dilayan secara berbeza-beza. Masyarakat Cina umpamanya telah dilayan dengan begitu teruk oleh tentera Jepun berbanding dengan orang-orang Melayu. Keadaan ini berikutan Jepun yang pernah berperang dengan China sebelum ini menyebabkan perasaan saling mendendami antara satu sama lain masih segar dalam ingatan. Layanan berat sebelah ini telah menyemai perasaan permusuhan antara orang-orang Melayu dan Cina. 



2). Dasar Pecah & Perintah Penjajah Inggeris

Hasil daripada kajian, kejadian ini disebabkan oleh dasar “pecah dan perintah” yang diamalkan oleh British yang mengaitkannya dengan beberapa faktor. Dasar penjajah Inggeris yang mengamalkan konsep pecah dan perintah merupakan satu tindakan yang berkesan dan telah menjadi punca wujudnya jurang antara kaum sama ada dari sudut ekonomi dan juga polarisasi kaum. Umpamanya orang-orang Cina tinggal di bandar-bandar menjalankan perniagaan dan juga di kawasan-kawasan lombong sebagai pelombong dan merekalah sebenarnya memiliki aset yang tinggi dalam ekonomi masyarakat Malaysia. Sementara orang-orang Melayu tinggal di luar bandar sebagai petani atau nelayan kecil. Kaum India kebanyakannya pula sebagai buruh kasar kerajaan dan pekerja di ladang. Pada hakikatnya kegiatan ekonomi orang-orang Melayu dan India adalah bercorak sara diri. Keadaaan ini menyebabkan kedudukan ekonomi masyarakat bumiputera khususnya Melayu menjadi lemah dan ketinggalan. Corak penglibatan ekonomi antara kaum dalam kegiatan ekonomi yang berbeza telah menjadikan kedudukan sosio-ekonomi mereka tidak seimbang. Dasar ini dilakukan oleh British untuk mengelakkan perpaduan antara pelbagai kaum yang dikhuatiri akan mengancam kedudukan mereka. Masyarakat melayu terdiri dari petani dan nelayan di kampung, masyarakat cina pula telah mewarisi perniagaan secara turun temurun dan tinggal di bandar manakala masyarakat india bekerja sebagai penoreh dan tinggal di estet. Dasar ini telah berjaya direalisasikan bagi mewujudkan kelompok-kelompok etnik yang berdasarkan kegiatan ekonomi yang tinggal dalam kelompok masing-masing.






3).  Masalah ekonomi

Kegiatan ekonomi berbeza telah mewujudkan jurang pendapatan berbeza antara kaum dan menimbulkan rasa tidak puas hati dan persaingan ekonomi secara tidak sihat. Ketidakseimbangan ini menyebabkan setiap kaum saling mencemburui satu sama lain. Orang melayu mencemburui kemewahan dan kejayaan orang cina manakala orang cina  dan india mencemburui kelebihan orang melayu yang mendapat peluang perkhidmatan dalam sektor pentadbiran. 




4) Perbezaan agama dan budaya

Kaum melayu sebahagian besarnya beragama islam Kaum cina beragama Buddha, Lao-Tza, Taoisme, Conficius manakala kaum india beragama hindu. Di samping itu terdapat juga yang beragama kristian. Setiap kaum juga mempunyai kebudayaan yang tersendiri. Masalah perpaduan ini bukannya bermula disebabkan agama lain tetapi akibat dari sikap jahil terhadap agama-agama lain hingga banyak perkara yang dilakukan secara tidak sengaja telah menyinggung emosi penganut agama lain. Inilah punca yang telah mengakibatkan peristiwa 13 Mei 1969. 



5).Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara

Isu bahasa juga tidak kurang pentingnya dalam menyumbangkan faktor kepada peristiwa 13 Mei. Berikutan perisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu 1957, sebuah perlembagaan Persekutuan telah dibentuk yang antara lainnya menyatakan dengan jelas tentang kedudukan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris adalah sebagai bahasa rasmi negara. Selepas sepuluh tahun merdeka kerajaan akan mengkaji semula tentang kedudukan bahasa Inggeris dengan tujuan untuk mengugurkannya daripada status bahasa rasmi dan hanya bahasa Melayu sahaja yang diiktiraf sebagai bahasa rasmi. Untuk mencapai tujuan itu, pada 31 Ogos 1967 kerajaan telah mengadakan pelbagai kegiatan bagi tujuan memperluaskan penggunaan bahasa Melayu . Antara kempen yang dijalankan ialah Hari Bahasa Kebangsaan, Minggu bahasa Kebangsaan dan Bulan Bahasa Kebangsaan. Pelaksanaan penggunaan Bahasa Kebangsaan telah dipelopori oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dengan dipimpim oleh Syed Nasir bin Ismail.


PENGAJARAN

1). Peristiwa 13 Mei memberi peringatan tentang kebenaran peribahasa kalah jadi abu, menang jadi arang kerana konflik itu merugikan semua kaum, selain menjejaskan imej negara di persada antarabangsa

2). Kita mestilah memperbaiki hubungan  antara kaum
Tragedi ini juga membuka ruang muhasabah diri untuk semua pihak supaya memikirkan sejauh mana hubungan antara kita sesama kita sebelum ini dan selepas ini. Seperti yang telah dikatakan, semua pihak harus hormat menghormati antara satu sama lain dan juga seterusnya saling percaya mempercayai antara satu sama lain. Tak mustahil ada pihak yang akan ambil kesempatan atas kelemahan kita, hingga "yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran". 

3).Kita Janganlah Keterlaluan dan Terlalu Emosi
Tidak perlu bersikap yang keterlaluan dalam memperjuangkan ideologi masing-masing sehingga mengikut emosi dan amarah. Otak kita dikurniakan dengan akal yang bijak untuk memikirkan kesan dan akibat daripada perbuatan kita. Berfikir lah sedalamnya jika berada dalam kawalan amarah, sebelum kita bertindak.  Sikap sebegini hanya merugikan diri sendiri, malah lebih teruk jika melibatkan orang lain juga.  

4) Kita mestilah Terima Kekalahan atau Kemenangan Dengan Bersederhana

Semua pihak seharusnya menerima kemenangan/kekalahan dengan cara yang bersederhana. Tindakan provokasi daripada satu pihak yang lain hanya akan boleh mengundang pelbagai lagi tindakan yang tidak diingini. Oleh itu, tak kira sama ada kita kalah/ menang, konsepkesederhanaan perlulah dititik beratkan. Jika difikir dengan otak yang waras, tentu ada lebih banyak lagi cara untuk menyelesaikan permasalahan dengan lebih bijaksana 


5.Kita mestilah tahu betapa Pentingnya Kesatuan  

Satu perkara yang tak dapat nak dinafikan adalah kepentingan untuk kita semua bersatu. Nampak benar sekarang ini kita dah berpecah kepada banyak kelompok yang hanya memikirkan kepentingan peribadi sahaja. Kesatuan dikemudiankan. Mungkin kita dah lupa pada kisah seorang anak yang diajar oleh bapanya tentang pentingnya bersatu, dengan hanya menggunakan lidi. Ingat, jangan sampai dah tanah tergadai, baru nak bersilat berpencak.


Berikut adalah beberapa video tragedi 13 Mei





SELAMAT MENONTON.......

JANGAN LUPA LIKE & COMMENT


Tragedi 13 Mei : Punca Dan Pengajaran

PENGENALAN Peristiwa 13 Mei 1969 Satu peristiwa hitam dalam sejarah perpaduan negara. Rusuhan kaum yang berlaku sebagai kemuncak masalah per...